INI BLOG HAA..INI BLOG STYLO PUNYA MAAA . . .

Stylo Followerssss

Wednesday 27 July 2011

Sepak Takraw sememangnya sukan terbaik


Sejak dari kecil lagi Sepak Takraw ini menjadi permainan yang paling saya gemari.Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton.Sepak takraw mempunyai 3 ahli pada setiap pasukan iaitu apit kiri,apit kanan dan Tekong.

Tekong - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.

Apit kanan - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.

Apit kiri - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.

No comments:

Post a Comment