INI BLOG HAA..INI BLOG STYLO PUNYA MAAA . . .

Stylo Followerssss

Saturday 22 October 2011

Michael Jackson

Michael Joseph Jackson (Ogos 29, 1958 – Jun 25, 2009) ialah seorang penyanyi, penari, penghibur dan artis rekod Amerika Syarikat. Digelar sebagai ‘Raja Pop’, beliau dikenali sebagai penghibur yang paling berjaya dan salah satu orang yang paling berpengaruh pada semua masa. Sumbangannya kepada muzik, tarian, dan gaya[2] serta kehidupannya yang diketahui umum menjadikannya seorang terkenal dalam budaya pop di seluruh dunia selama lebih banyak daripada 40 tahun.

                                      

Bersama dengan abang-abangnya, Jackson memulai kerjayanya sebagai penyanyi utama dan ahli yang paling muda dalam Jackson 5 pada tahun 1964. Kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada tahun 1971. Albumnya yang diedarkan pada tahun 1982, iaitu Thriller, telah dijual sebanyak lebih daripada 110 juta keping. ‘Thriller’ masih merupakan album yang dijual paling banyak di dunia. Di samping itu, beberapa albumnya yang lain merupakan salah satu album yang dijual paling banyak di dunia. Videonya untuk Billie Jean, Beat It, dan Thriller menjadikannya orang Amerika Syarikat yang berketurunan Afrika yang pertama muncul pada beberapa bagan rekod dan MTV yang berlainan genre. Beliau mempopularkan beberapa teknik tarian yang rumit, contohnya robot dan moonwalk. Gaya muzik, suara dan tarian yang unik berterus melampaui generasi, bangsa dan budaya. Jackson ialah salah seorang artis yang disenaraikan dalam Rock and Roll Hall of Fame sebanyak dua kali. Prestasinya yang lain termasuk beberapa Guinness World Records ( termasuk Penghibur yang Paling Berjaya pada Semua Masa), 15 Grammy Awards (termasuk Legenda yang Masih Hidup dan Kejayaan Sepanjang Hayat), 26 American Music Awards (lebih banyak daripada artis-artis lain; termasuk Artis Abad), 17 single yang mendapat kedudukan pertama di Amerika Syarikat (Termasuk 4 single yang dikeluarkan semasa sebagai seorang ahli dalam Jackson 5), dan jualan albumnya sebanyak lebih daripada 780 juta keping di seluruh dunia yang menjadikannya salah seorang artis yang telah menjual paling banyak keping album.

sumber: wikipedia