Michael Joseph Jackson (Ogos 29, 1958 – Jun 25, 2009) ialah
seorang penyanyi, penari, penghibur dan artis rekod Amerika Syarikat.
Digelar sebagai ‘Raja Pop’, beliau dikenali sebagai penghibur yang
paling berjaya dan salah satu orang yang paling berpengaruh pada semua
masa. Sumbangannya kepada muzik, tarian, dan gaya[2]
serta kehidupannya yang diketahui umum menjadikannya seorang terkenal
dalam budaya pop di seluruh dunia selama lebih banyak daripada 40 tahun.
Bersama dengan abang-abangnya, Jackson memulai kerjayanya sebagai
penyanyi utama dan ahli yang paling muda dalam Jackson 5 pada tahun
1964. Kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada tahun 1971. Albumnya
yang diedarkan pada tahun 1982, iaitu Thriller,
telah dijual sebanyak lebih daripada 110 juta keping. ‘Thriller’ masih
merupakan album yang dijual paling banyak di dunia. Di samping itu,
beberapa albumnya yang lain merupakan salah satu album yang dijual
paling banyak di dunia. Videonya untuk Billie Jean, Beat It, dan Thriller
menjadikannya orang Amerika Syarikat yang berketurunan Afrika yang
pertama muncul pada beberapa bagan rekod dan MTV yang berlainan genre.
Beliau mempopularkan beberapa teknik tarian yang rumit, contohnya robot
dan moonwalk. Gaya muzik, suara dan tarian yang unik berterus melampaui
generasi, bangsa dan budaya. Jackson ialah salah seorang artis yang
disenaraikan dalam Rock and Roll Hall of Fame sebanyak dua kali.
Prestasinya yang lain termasuk beberapa Guinness World Records (
termasuk Penghibur yang Paling Berjaya pada Semua Masa), 15 Grammy
Awards (termasuk Legenda yang Masih Hidup dan Kejayaan Sepanjang Hayat),
26 American Music Awards (lebih banyak daripada artis-artis lain;
termasuk Artis Abad), 17 single yang mendapat kedudukan pertama di
Amerika Syarikat (Termasuk 4 single yang dikeluarkan semasa sebagai
seorang ahli dalam Jackson 5), dan jualan albumnya sebanyak lebih
daripada 780 juta keping di seluruh dunia yang menjadikannya salah
seorang artis yang telah menjual paling banyak keping album.
sumber: wikipedia